PENGAJIAN MALAYSIA BAB 3

3.3.3 MAJLIS RAJA-RAJA


Image result for mesyuarat majlis raja raja peta minda
bendera negara Malaysia

Image result for majlis raja raja pengajian malaysia


FUNGSI MAJLIS RAJA-RAJA

  • penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
  • fungsi dan tugas-tugasnya seperti berikut :
a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga .

b) mempersetujui atau tidak mempersutujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan.

c) mempersutujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

d) melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal ( 1 ) Perkara 182

e) memberi ampun , tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan , menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal ( 12 ) Perkara 42.

Image result for FUNGSI MAJLIS RAJA RAJA
cap mohor besar Raja-Raja


BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA 


Image result for BUDI BICARA MAJLIS RAJA RAJA
persidangan raja raja dalam mesyuarat majlis raja raja


a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi persekutuan;
b) memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau menyentuh keistimewaan , kedudukan , kemuliaan atau kebesaran raja-raja;
d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan atau upacara meliputi seluruh Persekutuan;
e) pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah fasal (1) perkara 182;atau
f) pemberi ampun , replief dan respite atau peremitan , penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman , di bawah Fasal (12) Perkara 42.


MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA
  • semua raja-raja dan para yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis Raja-raja . kehadiran adalah mustahak . Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan , seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir , maka seorang wakil hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri / Tubuh bagi sesuatu negeri . 
  • Para Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong , melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan raja-raja.
  • Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat Baginda . 

Image result for MESYUARAT MAJLIS RAJA RAJA


KEANGGOTAAN MAJLIS RAJA-RAJA

  • Terdiri daripada 9 orang Raja-Raja melayu & 4 orang yang dipertua- negeri.
  • Pemangku Raja bagi negeri Yang Dipertuan Agong akan mewakili negeri Baginda dalam majlis Raja-Raja .
  • Yang Dipertuan Agong hanya menganggotai majlis Raja-Raja apabila :
    • Hari kedua mesyuarat majlis Raja-Raja
    • Sewaktu mempertimbangkan hal-hal agama islam , amalan adat istiadat ,kebesaran Raja-Raja dan kedudukan Raja-Raja serta kemuliaan .


Comments

Popular Posts